Arkib

Sunday, February 14, 2021

NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021

 

Semua Ahli

 

PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA

 

YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik,NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021, PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA

Dengan penuh hormat dan rendah diri saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YBhg Dato’/ Tuan/ Puan/ Cik sekeluarga serta semoga sentiasa diberikan perlindungan, rahmat dan keberkahan Allah SWT.

2. Seperti telah sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negara kecuali Negeri Sarawak dan antara aktiviti yang dilarang ialah penganjuran majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan lain2 aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan ramai orang.

3. Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman PKP oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa sebulat suara menangguhkan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021, PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik berhubung perkara ini turut pihak kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sentiasalah kita mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid 19 ini. 

 

Sekian, terima kasih.

 

#SBNM #SBNAGAMALAYA #PENGUMUMAN

 

Setiausaha
PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.