Arkib

Sunday, February 14, 2021

Ke Mana Arah Pesilat Malaysia???



"Saya TIDAK benarkan mana-mana aktiviti silat atau ahli-ahli berkumpul. Kita jaga diri masing-masing dan ikut arahan kerajaan. Saya minta maaf kerana ini semua demi keselamatan masing-masing"- Pengasas & Pengerusi Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya. 

Seluruh dunia kini dilanda musibah penularan wabak COVID-19..
Mengapa semua ini harus berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran wabak ini?Saya selaku SETIAUSAHA Pertubuhan silat ini juga bingung bagaimana menentukan program dan aktiviti ahli-ahli pertubuhan yang wajar dilakukan pada masa kini. Bukan sahaja dalam persilatan, malah beberapa perniagaan juga turut berdepan dengan masalah penularan wabak ini. Kesal, sedih dan kecewa.

Walaubagaimanapun, saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia kerana telah berusaha menangani wabak ini dengan pelbagai cara termasuk memberikan pelbagai bantuan kepada semua golongan rakyat Malaysia. Wabak ini dijangka tidak dapat diatasi dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan, tetapi memakan jangkamasa beberapa tahun untuk memastikan Malaysia berada dalam keadaan selamat. 

Kerajaan Malaysia telah menyalurkan beberapa bantuan pada tahun 2020 melalui intipati bajet yang dinamai sebagai PENJANA dengan tetap berusaha membangun ekonomi Negara dan pada tahun 2021 ini pula dinamai dengan PERMAI.

Saya berharap ahli-ahli Pertubuhan ini dapat bersabar dan turut bekerjasama dengan kerajaan bagi menangani penularan pandemik COVID-19 ini. Mohon maaf kepada semua ahli. Setakat ini, apa yang saya boleh katakan kepada semua ahli adalah "Cari pendapatan dan lakukan aktiviti dari rumah, tidak perlu berputus asa."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.