Arkib

Perutusan YDP


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

Yang Dihormati,
Setiausaha & Penolong Setiausaha Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia;

Yang Dihormati, 
Bendahari Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia;

Yang Berusaha,
Ketua Unit Kebajikan & Masyarakat;
Ketua Unit Perhubungan Awam;
Ketua Unit Kesenian & Kebudayaan;
Ketua Unit Pengiklanan & Promosi;
Ketua Unit Pengangkutan & Penginapan;
Ketua Unit Peradaban & Istiadat;
Ketua Unit Teknikal & Audio;
Ketua Unit Sukan & Aktiviti;

Yang Berusaha,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia;

Yang Dikasihi, Ahli-ahli Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia;

Serta para pelawat laman sesawang Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhana Wata’alla kerana dengan keizinan-Nya dapat kita menyiapkan laman sesawang khusus bagi Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia sebagai bahan akses dan rujukan awam mengenai Pertubuhan ini.

Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyertaan dan sokongan bagi menjayakan laman sesawang Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya, Malaysia bertema “Akademi” serta para pengusaha Youtuber yang tidak jemu memberikan perkhidmatan terbaik dalam situasi yang begitu terjejas akibat penularan wabak Pandemik Covid-19.

Tema yang bertepatan dengan usaha saya selaku Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan bagi mewujudkan satu “Akademi” yang mana menjadikan aktiviti silat sebagai satu cabang menyatupadukan Ugama, Budaya, Bangsa dan Negara di Malaysia khususnya mendapat sambutan begitu menggalakkan dikalangan para peminat Seni dan Sukan Tanah Air Malaysia begitu tidak terbatas kepada para remaja, bahkan mendapat sokongan dari usia 6 tahun sehingga peringkat usia 60 tahun.

“Akademi” ini telah dipersetujui akan dijalankan secara dalam talian memandangkan seluruh dunia pada masa kini, berdepan dengan penularan wabak Pandemik Covid-19.

Saya berharap agar “Akademi” ini dapat diteruskan sehingga ke generasi akan datang dengan identiti Pertubuhan yang menjadi semakin penting dalam menarik dan membawa mereka yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan.

Akhir kata, saya dengan dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM) saya merasmikan

“Akademi Seni Silat SB Naga Malaya”

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

Pemimpin Ditaati, Atasan Dihormati, Bawahan Dikasihi…

PENGASAS & PENGERUSI
Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.