Arkib

Sunday, July 10, 2022

Salam AidilAdha 2022

Wednesday, May 26, 2021

TERKINI Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Makluman pengoperasian Pertubuhan adalah merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

(25 Mei hingga 7 Jun 2021)

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, para pelanggan yang ingin berurusan boleh menggunakan pautan borang DISINI


SETIAUSAHA
Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya.


Friday, May 14, 2021

Borang Perkhidmatan Lain

Borang Cadangan / Usul

Thursday, May 13, 2021

Monday, March 1, 2021

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN BERDAFTAR SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Pertubuhan Berdaftar adalah digalakkan untuk melaksanakan penganjuran Mesyuarat Agung secara dalam talian (online) dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti berikut:

1.    Mematuhi Akta Pertubuhan;

  • Pelaksanaan mesyuarat adalah perlu mematuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

2.    Selaras Perlembagaan Pertubuhan berdaftar;

  • Mencapai jumlah minimum kuorum mesyuarat seperti yang ditetapkan. 
  • Pengeluaran notis panggilan mesyuarat yang lengkap dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum mesyuarat dijalankan. 
  • Memastikan usul serta topik pembentangan mesyuarat diuruskan selaras dengan perlembagaan pertubuhan. 
  • Minit mesyuarat perlu disediakan dengan lengkap. 
  • Senarai kehadiran ahli mesyuarat perlu direkodkan. Lain-lain perkara berkaitan hendaklah mematuhi perlembagaan pertubuhan.

3.    Merokod Mesyuarat;

  • Semua dokumentasi yang berkaitan dengan mesyuarat perlu disediakan dengan teratur dan disimpan sebagai pembuktian pelaksanaan mesyuarat. 
  • Minit Mesyuarat juga hendaklah disediakan dengan lengkap dan menjadi tanggungjawab pertubuhan untuk memastikan segala maklumat yang diperlukan direkodkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan sesuatu mesyuarat semasa mengemukakan Penyata Tahunan kepada JPPM selaras dengan Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

4.    Perlaksanaan dalam talian;

  • Notis panggilan mesyuarat diedarkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan pertubuhan berdaftar melalui emel dan disertakan pautan/ link mesyuarat/ QR Code mesyuarat untuk download dokumen berkaitan mesyuarat seperti salinan minit mesyuarat, laporan aktiviti tahunan dan penyata kira-kira pertubuhan bagi tahun yang telah diaudit. Maklumat tersebut juga boleh dihantar secara pos kepada ahli-ahli yang tidak mempunyai kemudahan teknologi berkaitan. 
  • Mesyuarat hendaklah mengikut agenda yang ditetapkan dengan membincangkan perkara yang penting bagi memastikan mesyuarat dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. 
  • Pengesahan kehadiran ahli mesyuarat hendaklah menggunakan aplikasi secara online seperti QR Code yang diedar semasa mesyuarat. 
  • Penggunaan password boleh diwujudkan bagi dokumen yang dikelaskan sebagai sulit. 
  • Pembentangan boleh dilaksanakan melalui rakaman dengan tempoh durasi yang bersesuaian dan boleh diedarkan lebih awal bersekali dengan notis panggilan mesyuarat. 
  • Sekiranya mesyuarat yang diadakan melibatkan aspek undian maka pihak pertubuhan perlu mengenal pasti dan menggunakan aplikasi yang sesuai supaya keputusan undian boleh diaudit dan tidak dipertikai.

5.    Penggunaan aplikasi dalam talian yang selamat;

  • Menggunakan aplikasi dalam talian yang selamat bagi memastikan aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat pertubuhan.
*Arahan : Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Borang Pemakluman Email

Borang Cadangan / Usul

Sunday, February 14, 2021

NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021

 

Semua Ahli

 

PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA

 

YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik,NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021, PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA

Dengan penuh hormat dan rendah diri saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YBhg Dato’/ Tuan/ Puan/ Cik sekeluarga serta semoga sentiasa diberikan perlindungan, rahmat dan keberkahan Allah SWT.

2. Seperti telah sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negara kecuali Negeri Sarawak dan antara aktiviti yang dilarang ialah penganjuran majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan lain2 aktiviti sosial yang melibatkan perhimpunan ramai orang.

3. Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman PKP oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa sebulat suara menangguhkan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA SESI 2021, PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik berhubung perkara ini turut pihak kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sentiasalah kita mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid 19 ini. 

 

Sekian, terima kasih.

 

#SBNM #SBNAGAMALAYA #PENGUMUMAN

 

Setiausaha
PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT SAGA BARONG NAGA MALAYA


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN BERDAFTAR (PKPB)

#Pengumuman Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Berdaftar (PKPB)






#Nagamalaya #SilatWarrior #Pengumuman #Takwim #Mengenaikami #BenderaLambang #Aktivitisilat #ahlisilatahlisilat #PerutusanYDP #Jawatankuasa #Perundangan #Berita #Perkhidmatan #Kemudahan #Pendaftaran#Hubungikami  #KelasSilat #Kursuspertubuhan #Takwim2017 #Demosilat #HotelKaterina #SambutanHariRaya #Takwim2018 #Kursuswasit #Pemilihansilat #Notapencaksilat #PsikologiOlahraga #PerutusanCovid19 #PenangguhanSukan #PersembahanSilat #Undang2 #ArahPesilatMalaysia #TahunBaruCina

Ke Mana Arah Pesilat Malaysia???



"Saya TIDAK benarkan mana-mana aktiviti silat atau ahli-ahli berkumpul. Kita jaga diri masing-masing dan ikut arahan kerajaan. Saya minta maaf kerana ini semua demi keselamatan masing-masing"- Pengasas & Pengerusi Pertubuhan Perguruan Seni Silat SB Naga Malaya. 

Seluruh dunia kini dilanda musibah penularan wabak COVID-19..
Mengapa semua ini harus berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran wabak ini?Saya selaku SETIAUSAHA Pertubuhan silat ini juga bingung bagaimana menentukan program dan aktiviti ahli-ahli pertubuhan yang wajar dilakukan pada masa kini. Bukan sahaja dalam persilatan, malah beberapa perniagaan juga turut berdepan dengan masalah penularan wabak ini. Kesal, sedih dan kecewa.

Walaubagaimanapun, saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia kerana telah berusaha menangani wabak ini dengan pelbagai cara termasuk memberikan pelbagai bantuan kepada semua golongan rakyat Malaysia. Wabak ini dijangka tidak dapat diatasi dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan, tetapi memakan jangkamasa beberapa tahun untuk memastikan Malaysia berada dalam keadaan selamat. 

Kerajaan Malaysia telah menyalurkan beberapa bantuan pada tahun 2020 melalui intipati bajet yang dinamai sebagai PENJANA dengan tetap berusaha membangun ekonomi Negara dan pada tahun 2021 ini pula dinamai dengan PERMAI.

Saya berharap ahli-ahli Pertubuhan ini dapat bersabar dan turut bekerjasama dengan kerajaan bagi menangani penularan pandemik COVID-19 ini. Mohon maaf kepada semua ahli. Setakat ini, apa yang saya boleh katakan kepada semua ahli adalah "Cari pendapatan dan lakukan aktiviti dari rumah, tidak perlu berputus asa."