Arkib

Monday, April 9, 2018

NOTA PERTANDINGAN PENCAK SILAT


Pendahuluan
Pertandingan Pencak Silat dilakukan berdasarkan rasa persaudaraan dan jiwa kesatria dengan menggunakan unsur-unsur beladiri, seni dan olahraga Pencak Silat dan menjunjung tinggi IKRAR PESILAT.

Kategori Pertandingan Pencak Silat
Pertandingan Pencak Silat dilakukan berdasarkan rasa persaudaraan dan jiwa kesatria dengan menggunakan unsur-unsur beladiri, seni dan olahraga Pencak Silat dan menjunjung tinggi IKRAR PESILAT.

Kategori Tanding (Match): Kategori yang menampilkan 2(dua) orang Pesilat dari sudut yang berbeza. Keduanya saling berhadapan menggunakan unsur pembelaan dan serangan menangkis/mengelak/mengena/menyerang pada sasaran dan menjatuhkan lawan menggunkan teknik dan taktik bertanding, ketahanan stamina dan semangat juang menggunakan kaedah dengan memanfaatkan kekayaan teknik dan jurus.

Kategori Tunggal (Single): Kategori yang menampilkan seorang Pesilat memperagakan kemahirannya dalam JURUS TUNGGAL BAKU secara benar , tepat, mantap, penuh penjiwaan, dengan tangan kosong dan bersenjata serta tunduk kepada ketentuan dan peraturan yang berlaku untuk kategori Tunggal.

Kategori Ganda (Double): Kategori yang menampilkan 2(dua) orang Pesilat memperagakan kemahirannya dari tim yang sama memperagakan kemahiran dan kekayaan teknik jurus serang bela yang direka. Dimulai dengan tangan kosong dan dilanjutkan dengan penggunaan senjata.

Kategori Regu (Team): Kategori yang menampilkan 3(tiga) orang Pesilat memperagakan kemahirannya dari tim yang sama memperagakan kemahirannya dalam JURUS REGU BAKU secara benar, tepat, mantap, penuh penjiwaan dan kompak dengan tangan kosong serta tunduk kepada ketentuan dan peraturan yang berlaku untuk kategori Regu.

Penggolongan Umur
USIA DINI: bagi Putra/Putri berumur lebih 10tahun hingga 12tahun.
PRA REMAJA: bagi Putra/Putri berumur lebih 12tahun hingga 14tahun.
REMAJA: bagi Putra/Putri berumur lebih 14tahun hingga 17tahun.
DEWASA: bagi Putra/Putri berumur lebih 17tahun hingga 35tahun.
MASTER I: bagi Putra/Putri berumur lebih 35tahun hingga 45tahun (Acara Tersendiri)
MASTER II: bagi Putra/Putri berumur lebih 45tahun ke atas (Acara Tersendiri)

Sunday, January 1, 2017

Takwim Aktiviti 2017

  • 14 Disember 2017 ~ Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Sesi 2017
  • 26 Oktober 2017 ~ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ke-5 Sesi 2017
  • 29 September 2017 ~ Ujian Sabuk Tahap 1 ( Sabuk Merah )
  • 28 April 2017 ~ DEMONSTRASI SILAT
  • 14 April 2017 ~ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ke-4 Sesi 2017
  • 30 Mac 2017 ~ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ke-3 Sesi 2017
  • 23 Mac 2017 ~ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ke-2 Sesi 2017
  • 23 Februari 2017 ~ Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Pertama Sesi 2017
  • 10 Januari 2017 ~ Mesyuarat Agung Kali Ke-2 Sesi 2017