Arkib

Tuesday, February 2, 2021

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN FASAL 7

 

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 
3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah: 

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu; 
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah 4 diaudit; 
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan) 
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. 

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:  

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau 
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.  

 

Monday, February 1, 2021

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN FASAL 6


FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja Sahaja) 
2. Yuran : RM 25.00 (Ringgit Malaysia Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja Sahaja)

a.    Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan.
b.     Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 150.00 (Ringgit Malaysia Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) 
c.     Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d.   Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka  berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 
e.   Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 
f.    Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun. 

3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. 

4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. 

 

 

Sunday, January 31, 2021

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN FASAL 5

 

FASAL 5 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. 
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. 


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Fasal 4

 

FASAL 4 : KEAHLIAN

  1. Adalah Menerangkan kriteria keahlian pertubuhan
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli 2 dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. 
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

Friday, January 29, 2021

Perundangan


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

FASAL 1 NAMA
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
FASAL 3 MATLAMAT
FASAL 8 JAWATANKUASA
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
FASAL 10 KEWANGAN
FASAL 11 JURUAUDIT
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
FASAL 15 LARANGAN
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 17 PEMBUBARAN
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

*Mana-mana fasal Perlembagaan Pertubuhan yang tidak disertakan rujukan akan diberi salinan kepada ahli berdaftar yang dianggap perlu sahaja.

Thursday, January 21, 2021

Hebahan Aktiviti Channel Youtube “Pertempuran Editor”

 “Pertempuran Editor”
👉200 like 
👉200 view

Channel “The Battle Of Editor” ini diadakan bagi menyokong aktiviti Seni Beladiri yang terjejas berikutan wabak #COVID-19 di Malaysia.  

Bantu mereka; 👉Subscribe 👉Like 👉Komen 👉Share  Boleh komen dengan beri cadangan menarik untuk tajuk video seterusnya supaya sama2 kita mendapat manfaat darinya.  ~Terima Kasih pada yg sudah menonton dan jangan lupa bantu mereka; 

👉Subscribe 👉Like 👉Komen 👉Share

Sertai PERTEMPURAN EDITOR khusus bagi Seni Beladiri sekarang.
Hadiah menarik menanti anda💥🎉🎊

Tuesday, March 17, 2020

Perutusan Khas Covid-19

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19 ; link